Zayyan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang mula menapak ke Industri Nasyid pada hujung tahun 2010. Kumpulan nasyid ini terdiri dari pada 4 orang ahli iaitu Azid Azidee, Aliff Ahmad, Adib Fikri dan Akmal Aiman. Kumpulan ini bercita-cita tinggi untuk menyampaikan dakwah melalui dendangan-dendangan irama Ketuhanan di serata tanahair dan InshaAllah, juga di persada dunia. Alhamdulillah, Zayyan pernah bekerjasama dengan Maxis untuk merakamkan zikir-zikir, doa-doa, serta lagu-lagu bertemakan Ramadhan dan Syawal untuk diterapkan ke dalam Maxis Application yang boleh dimuatturun oleh pengguna Maxis. Zayyan juga telah merakamkan beberapa buah lagu antaranya ialah Banteras Dadah, Tangisan Di Pagi Syawal, Khalifah, Indahnya Ramadhan, dan banyak lagi. Zayyan
sering dijemput untuk membuat persembahan di sekitar negeri Johor hasil anjuran Jabatan Agama Islam Johor, Ikram Johor dan banyak lagi. Zayyan belum lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Walau bagaimanapun, Zayyan pernah menandatangani kontrak anjuran Persatuan Belia dan Sukan negeri Johor dalam menjadi role model kepada para remaja khususnya dalam bidang nasyid melalui program akademi nasyid anjuran Persatuan Belia dan Sukan. Selain itu, Kumpulan ini juga pernah mengendali beberapa buah program motivasi.Dengan izin Allah swt, moga semangat dan kesungguhan Zayyan serta berkat doa penyokong Industri Nasyid dapat mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi yang akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Islam sekali gus memangkin dan memartabatkan agama Islam. InshaAllah

Ahli-ahli Zayyan


Azid Azidee Bin Latif
Azid, Azid Azidee
18 Tahun (2012)
1 Mei 1994
Bintangor, Sarawak
SK Pekan Nenas, Pontian, Johor (2001-2002)
SK Taman Sri Kota, Yong Peng, Johor (2003)
SK Taman Universiti 1, Skudai, Johor (2004-2006)
SMK Taman Universiti, Skudai, Johor (2007-2011)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Munsyid
Penulisan Kreatif (Sajak, Pantun, Cerpen, Syarahan, Lirik), Undang-Undang
Peguam
http://www.facebook.com/azidazidee
http://www.azidazidee.blogspot.com/
 Syukran kepada semua penyokong Industri Nasyid dan ana berharap
   agar matlamat Zayyan untuk mewujudkan satu konsep hiburan 
   bermotivasi ini akan tercapai sekali gus memangkin dan 
   memartabatkan agama Allah swt.


Muhammad Aliff Bin Ahmad Sobri
Aliff, Aliff Ahmad
17 Tahun (2012)
21 Mac 1995
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
SK Taman Sri Pulai (2002 - 2006)
SK Taman Universiti 1 (2007)
SMK Taman Universiti (2008 - 2012)
Menduduki peperiksaan SPM, Munsyid
Sains Agama
Pensyarah
https://www.facebook.com/profile.php?id=100003614542566
http://www.ismyaliff.blogspot.com
Syukran kepada semua penyokong Industri Nasyid dan
saya berharap agar matlamat Zayyan memangkin
dan memartabatkan agama Allah swt. tercapai.


Muhammad Adib Fikri Bin Abdul Manaf
Adib, Adib Fikri.
18 Tahun (2012).
2 Januari 1994
Hospital Besar Kluang, Johor
SK Taman Universiti 2, Skudai, Johor (2001 - 2006)
SMK Taman Universiti, Skudai, Johor (2007 - 2011)
English College (MSAB), Munsyid
Mendalami ilmu IT dan Photography
Mechanical Engineer
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000321210682
http://www.adibwaseem.blogspot.com/
Saya berharap agar kumpulan nasyid zayyan dapat
 menerapkan nilai-nilai murni yang sering ditekankan oleh 
Rasulullah SAW


Muhammad Akmal Aiman Bin Ahmad Sobri.
Akmal, Akmal Aiman
15 Tahun (2012)
20 Oktober 1997
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
SK Taman Sri Pulai, Skudai, Johor (2004-2006)
SK Taman Universiti 1, Skudai, Johor (2007-2009)
SMK Taman Universiti, Skudai, Johor (2010-2012)
Menduduki peperiksaan PMR, Munsyid
Membaca buku-buku Ilmiah
Peguam
https://www.facebook.com/profile.php?id=100001110547524
http://www.akmalaeman.blogspot.com/
Semoga nasyid Zayyan akan berkembang dan terus maju
dalam misi menyampaikan dakwah