Zayyan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang mula menapak ke Industri Nasyid pada hujung tahun 2010. Kumpulan nasyid ini terdiri dari pada 4 orang ahli iaitu Azid Azidee, Aliff Ahmad, Adib Fikri dan Akmal Aiman. Kumpulan ini bercita-cita tinggi untuk menyampaikan dakwah melalui dendangan-dendangan irama Ketuhanan di serata tanahair dan InshaAllah, juga di persada dunia. Alhamdulillah, Zayyan pernah bekerjasama dengan Maxis untuk merakamkan zikir-zikir, doa-doa, serta lagu-lagu bertemakan Ramadhan dan Syawal untuk diterapkan ke dalam Maxis Application yang boleh dimuatturun oleh pengguna Maxis. Zayyan juga telah merakamkan beberapa buah lagu antaranya ialah Banteras Dadah, Tangisan Di Pagi Syawal, Khalifah, Indahnya Ramadhan, dan banyak lagi. Zayyan
sering dijemput untuk membuat persembahan di sekitar negeri Johor hasil anjuran Jabatan Agama Islam Johor, Ikram Johor dan banyak lagi. Zayyan belum lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Walau bagaimanapun, Zayyan pernah menandatangani kontrak anjuran Persatuan Belia dan Sukan negeri Johor dalam menjadi role model kepada para remaja khususnya dalam bidang nasyid melalui program akademi nasyid anjuran Persatuan Belia dan Sukan. Selain itu, Kumpulan ini juga pernah mengendali beberapa buah program motivasi.Dengan izin Allah swt, moga semangat dan kesungguhan Zayyan serta berkat doa penyokong Industri Nasyid dapat mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi yang akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Islam sekali gus memangkin dan memartabatkan agama Islam. InshaAllah

Thursday 17 November 2011

PERSEMBAHAN DI MUTIARA RINI

assalamualaikum dan salam satu Malaysia

insyaAllah sekali lagi ZAYYAN akan membuat persembahan di Mutiara Rini tetapi persembahan ini hanya melibatkan 3 orang daripada ahli ZAYYAN iaitu khaidir,aliff dan akmal.Ini disebabkan azid dan adib sedang berjuang untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan menentukan masa depan mereka.

Walaubagaimanapun,ZAYYAN tidak akan menghampakan permohonan persembahan pihak masjid mutiara rini yang telah sudi menjemput untuk membuat persembahan di sana.

MARI SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH

illalliqa'