Zayyan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang mula menapak ke Industri Nasyid pada hujung tahun 2010. Kumpulan nasyid ini terdiri dari pada 4 orang ahli iaitu Azid Azidee, Aliff Ahmad, Adib Fikri dan Akmal Aiman. Kumpulan ini bercita-cita tinggi untuk menyampaikan dakwah melalui dendangan-dendangan irama Ketuhanan di serata tanahair dan InshaAllah, juga di persada dunia. Alhamdulillah, Zayyan pernah bekerjasama dengan Maxis untuk merakamkan zikir-zikir, doa-doa, serta lagu-lagu bertemakan Ramadhan dan Syawal untuk diterapkan ke dalam Maxis Application yang boleh dimuatturun oleh pengguna Maxis. Zayyan juga telah merakamkan beberapa buah lagu antaranya ialah Banteras Dadah, Tangisan Di Pagi Syawal, Khalifah, Indahnya Ramadhan, dan banyak lagi. Zayyan
sering dijemput untuk membuat persembahan di sekitar negeri Johor hasil anjuran Jabatan Agama Islam Johor, Ikram Johor dan banyak lagi. Zayyan belum lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Walau bagaimanapun, Zayyan pernah menandatangani kontrak anjuran Persatuan Belia dan Sukan negeri Johor dalam menjadi role model kepada para remaja khususnya dalam bidang nasyid melalui program akademi nasyid anjuran Persatuan Belia dan Sukan. Selain itu, Kumpulan ini juga pernah mengendali beberapa buah program motivasi.Dengan izin Allah swt, moga semangat dan kesungguhan Zayyan serta berkat doa penyokong Industri Nasyid dapat mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi yang akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Islam sekali gus memangkin dan memartabatkan agama Islam. InshaAllah

Wednesday 31 August 2011

Salam Aidilfitri Dari Zayyan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli zayyan dan rakan-rakan.Semoga ukhwah bersama akan kekal hingga ke akhir hayat.

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal kali ini,Zayyan telah merakamkan beberapa halwa telinga untuk didengarkan.Antara halwa yang telah kami rakamkan sempena ramadhan dan syawal kali ini adalah :

niat puasa
doa berbuka puasa
hasbiallah
subhanallah
keinsafan
sempurna ramadhan
kebesaran Allah
indahnya ramadhan
takbir raya 
tangisan di pagi syawal

tajuk : ramadhan menjelma syawal menanti