Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberi nyawa untuk menghirup kesegaran udara kurniaan Allah swt agar terus hidup dalam mendamba kasih-Nya. Sudah lama laman Zayyan Nasyid ini tidak bernukilan. Maklumlah setiap ahli Zayyan ada komitmen masing-masing. Di sini, Zayyan ingin membuat pengumuman. Mungkin selepas ini, Zayyan akan kurang mengemaskini laman facebook, YouTube dan juga blog kami. Jangan salah faham. Kami kurang mengemaskini bukan disebabkan pembubaran ataupun apa-apa yang seerti dengannya. But, we all need to focus for something. Something that very important. Something that determine our success in future life. It is STUDY. Azid Azidee will focus on his studies at university. Adib Fikri also focus on his studies at college. Aliff Ahmad will focus for SPM Examination and Akmal Aiman will focus on his PMR Examination. Hope Allah will give us success.
How about if someone ask to perform nasyeed ? . InshaAllah, if possible, Zayyan can perform. But, anything can be discuss with our manager, Ustazah Rahmah Abdullah. Harapnya Allah akan permudahkan segala urusan. Walaupun tidak lama lagi Zayyan berjauhan. :')
Bismillahirrahmannirrahim
Ya Allah, walaupun Engkau telah memisahkan raga kami, Tetapi Engkau janganlah pisahkan hati kami. Kekalkanlah jalinan ini Ya Allah. Kukuhkanlah ukhuwah kami sebagaimana telah Engkau kukuhkan ukhuwah Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar. Ukhuwah yang kukuh hingga ke syurga-Mu Ya Allah Ya Arhamar Rahimin.
Ya Allah aku bersyukur kepada-Mu kerana telah membenarkan aku hidup di dalam cuaca yang serupa bersama mereka. Merenungi pelangi bersama. Dan juga merasai mendung bersama sehinggakan aku cukup kenal perubahan cuaca kehidupan. Aku juga bersyukur kerana Engkau telah menitipkan mereka untuk memayungi diriku ketika aku dibasahi hujan tidak kiralah gerimis mahupun lebat.
Ya Allah, Engkau berikanlah kerahmatan Dan Engkau basahilah hidup Ustazah Rahmah sekeluarga dengan selautan keredhaan kerana mereka telah banyak menabur bakti, Dan melemparkan jasa kepada Zayyan dalam menyampaikan dakwah-Mu Ya Allah. Bersama keluarga mereka juga, aku merasai satu kasih sayang yang telah hilang satu ketika dulu Dan kasih sayang itu terasa hadir kembali apabila bersama mereka.
Amin ya rabbalalamin.
Terima kasih Zayyan.
Terima kasih Ummi Rahmah
Terima kasih Ayah Yosree
Terima kasih Ya Allah.
:')